Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)
Tadi baru habis mengarang kisah misi kemanusiaan di Filipina part 1, sekarang dah part 2. Alah, karang panjang-panjang nanti bukan hangpa baca sangat...bosan! hehehe
OK! Alhamdulillah, team saya ke Filipina 8 hari. 5 December - 11 December 2013. Perghh sekarang dah bulan MEI 2014, Dah basi...aku baru nak start citer! Harap-harap ada yang sudi baca ni, masuk rancangan NONA Tibi3 pun dah gumbira hahahaha. Aishhh mengarut!!! Koya...
Al-Kisah taibbbbb...day 1st penerbangan almost 4 hours, 3 jam 40 minutes naik AIR ASIA "Now everyone can fly". Kebas segala kebas bercampur baur perasaan, apakah keadaan disana??? Dapat ku bayangkan... tapi betol ke idok gambaran dalam kepala nih! Aishhh jjinjah! ALLAHUAKBAR. Pesan kakak saya thru wassaps "Anggap ini suatu perjuangan, jihad di jalan ALLAH". Maksudnya "dia suruh saya redha, kalo mati pun insyaallah syahid, sebab itulah niat dihati berjuang pertahankan mereka di Filipina dan dia redha sekiranya itu berlaku pada saya kerana adiknya pergi berjuang...insyaallah" Sedih dan gembira saya baca mesej dia sebab kakak, abang ipar dan anak buah-buahan saya support kot. Time ni saya tak nangis, saya melangkah masuk pintu pelepasan Antarabangsa..."Bismillah", tu je yang terungkap. Yang kat dalam hati, hanya ALLAH yang mengetahuinya. ALLAHUAKBAR.
Setibanya di Mactan International Airport Cebu dalam jam 4.30pm di sambut oleh "orang upahan" hehe, orang yang telah dibayar oleh bahagian logistic MRA di Hagnaya. Perjalanan dari Airport ke Hagnaya boley tahan la...3 jam something gak la beb! Penat segala macam dah...tapi excited. Timing kat Filipina ni sama dengan Malaysia, cuma dia 2 jam lebih kehadapan. Maksudnya kalo 5pm di Filipina dah macam 7pm waktu Malaysia. Cepat Cerah dan cepat Gelap, cepat tido dan cepat bangun pagi haha. Subuh seawal 4.05am. Isyak jam 7pm la. Perghh awal tuh, merangkak gak la kami team 4 nak bangun, dahla tido lambat sebab duk kemas-kemas ubat dan buat perancangan bagai.
Tiba di perkampungan HAGNAYA, satu-satunya perkampungan Islam di situ sekitar jam 8.30pm. Alhamdulillah, terpegun tengok adik-adik bertudung berkerumun sekitar saya..haha thats what I LOVE IT! Kiddosss...bebudak, saya suka bebudak, peduli anak siapa pun! Disambut masuk 1 pondok dedaun, teringat zaman-zaman dulu, dihidangkan dengan makanan lauk pauk yang memang seafood dan ada ayam masak merah...woahhh daebak! Talaga sarap! Pandang keluar selepas menikmati juadah, tersergam indah 1 binaan...rupa-rupanya ianya sebuah masjid yang tak siap, baru ku tahu berbisik di hati. Kami berkampung dalam khemah berhujan dan berangin terasa ribut saat itu, namun Alhamdulillah itu perkara biasa kata mereka. Dan juga dimaklumkan pegawai logistic kami yang bebudak tadi belum makan sebenarnya, dorang tunggu kami makan dan saki baki lepas kita makan tu (apa yang kita tak habis makan) itulah makan malam mereka. ALLAHUAKBAR...luluh hati, menangis dalam diam saya ketika itu, rasa bersalah, rasa tak mampu, terasa macam-macam...hanya ALLAH yang tahu. Sekiranya saya mampu balik ke KL, saya nak beli apa-apa snek yang best-best, biskut atau roti yang curlass untuk adik-adik ni, bagi mereka rasa nikmat tu. Tapi apakan daya, kemampuan tu ALLAH yang pegang. Tabahkan hati. Tapi yang bestnya, macam biasa la, tak sampai 10 minit dah dapat berpuluh followers yang setia...adik-adik comel :)
adik-adik di Hagnaya |
Hari-hari sepanjang misi kemanusiaan ini diteruskan seperti perancangan dan dengan izin ALLAH jua. Hari kedua menaiki ferry besar...ferry pertama saya sepanjang hayat haha, finally saya naik ferry yang amat besar dar Hagnaya Port menuju ke Bantayan Island. Di situ dijadikan based camp kedua sepanjang misi berjalan. Ubat-ubatan dan segala peralatan akan disimpan di rumah Kepualauan Bantayan ini. Perjalanan yang awesome dengan bantuan mesra rakyat setempat. Keadaan kat sini lebey kurang sama juga dengan di perkampungan Hagnaya. Takde air, letrik...dan di Bantayan okay sikit la sebab ada telaga (perigi). Tapi kesian jugakla yang muda selalu kena buli, angkut air berbaldi-baldi taruk dalam bilik air, padahal saya mandi 2 hari sekali je. Ini TIDAK ADIL!!! haha, paling tidak pun saya tukar baju seluar je. Balik-balik je kena menyelam dalam perigi, penat tapi tu pengalaman. Bagi saya takde masalah ambik air perigi, sebab dulu-dulu sejak lahir memang mandi pun tepi perigi. Okay,Rawatan bermula di District Hospital Bantayan Island, 1st assignment ni. Bertugas di bilik kecemasan yang serba kekurangan amat TERUJA. Even saya bukan medical background akan tetapi ilmu yang tak penuh mana didada dapat dicurahkan jugak ketika ini. Bantu doktor dan jururawat team saya buat operation dan dressing, sungguh excited! Ala-alat perubatan pun saya dah tahu namanya, seronok sangat! Misi pertama selesai, singgah dipasar beli seafood dan masak. Setiap malam kami akan punggah ubat-ubatan dan packed apa yang perlu dibawa untuk lokasi seterusnya keesokannya.
naik Ferry....1st ferry in my life (Jakun!!!) |
sebelum menjalankan misi |
District Hospital Sante Fe |
Dinner "social night" with NGO's |
Hari keempat, team 4 bergerak ke Klinik kesihatan untuk berjumpa Pegawai Kesihatan Daerah Santa Fe, Dr. Manalili. Berbincanglah kami mengenai permasalahan kesihatan penduduk dan Trauma Center berdekatan dengan klinik tersebut. Mereka mahukan MRA mengambil alih Trauma Center tersebut dan berterusan merawat penduduk Filipina. Insyaallah. After perbincangan dan sesi melawat tersebut, kami bergerak ke daerah Madridejos, perkampungan Macilang. Penduduk disini sangat daif hidup mereka, serba kekurangan, namun mereka sangat bersyukur dengan kehadiran kami dengan memberikan rawatan, ubatan dan layanan...ALLAH, mereka ada yang menangis berucap syukur. Setelah selesai misi di perkampungan ini, kami pulang ke based camp.
Madridejos, Macilang village |
Paginya saya memasak lagi. Ehhh biasa...chef MRA kan :p . Selepas zohor yang seawal 12 tengahari, team 5 berangkat ke Bantayan Island menaiki ferry dan kami team 4 bergegas melalui jalan darat ke CEBU CITY. Perjalanan 3 jam something itu smooth, cuma hati berat nak tinggalkan mereka di Hagnaya especially, adik-adik tersebut sangat bahagia dengan saya uhuk uhuk uhuk...eotteohke!!! Tiba di Cebu City Hotel menetap 1 malam, bukan berehat yang kami pilih tapi jenjalan di pasar-pasar dan makan seafood di restoran NO PROBLEM. Harganya ok dan masakan pun sedap. Insyaallah balik tak hampa :)
GoodBye Phillipines...mahal kita :) |
Itu sahaja kisah saya di FILIPINA yang penuh KETERUJAAN sebagai PEKERJA KEMANUSIAAN. Insyaallah jika berkesempatan lagi...moga ALLAH terima segala usaha kami.
Sekian...ANNYOUNGHAEGAESAYO CHINGU
(^_____^)'''Galke...
No comments:
Post a Comment