Friday, 20 April 2012

SAILORMOON TransFormation ~tiBa2 daH Tua DeN~

AnnyeongHaeSayo......(^____*)''''

Sekejap jew, sedar2 saya dah makin "tua"...atoiiiiiii!!! Tapi perangai lama maintain dan tahu menyesuaikan diri mengikut situation. Always Fun & Happy-go-lucky (dah memang macam ni sejak azali), pemikiran ada yang kekal & ada yang bertambah/berkembang, bab BER-IMAGINASI tuh memang tak boleh disangkal. Kematangan, usia dan penyakit lelah tak pernah menjadi PENGHALANG pada saya untuk teruskan kehidupan dengan CERIA dengan SENYUMAN... Insyaallah, moga ALLAH maintain-kan diri saya sebagaimana diri sekarang. Duk Cerita2 kat sini, teringat pulak saiz badan saya masa kecik2/zaman sekolah rendah hingga lah ke hari ini. Dulu saya kurus ibarat lidi, angin tolak jew jatuh dan dulu jugak berat badan saya amat ringan, ombak sekali sapu jew...dah ke darat...adoiiiyaaa!!! (^____^)'''
Bacaan Berat badan saya macam ni tau:

1- Masa umur 7 tahun (darjah 1) = 15KG
2- Masa umur 8-9 tahun (darjah 2-3) = 18KG
3- Masa umur 10-12 tahun (darjah 4-6) = 20KG
4- Masa umur 13-15 tahun (tingkatan 1-3) = 25KG
5- Masa umur 16-17 tahun (tingkatan 4-5) = 30KG
6- Masa umur 18-20 tahun (tingkatan 6-masuk U) = 35-40KG
7- Masa umur 21-22 tahun (belajar U) = kejap2 45/46/47KG (idop bujang makan mengarut2)
8- Masa umur sekarang = 50KG (Berat sudah!!!)

Badan saya ni mudah naik & mudah turun. Kalo stress, badan saya naik sesangat, tapi kalo everything OKAY, badan saya maintain...makanlah apa pun COKELAT, ROTI, NASI, GANDUM, BISKUT dan bagailah. Yang penting kuantiti pemakanan saya terjaga. Saya tak minum AIS, AIR BERKARBONAT & ICE CREAM sebab saya tak suka. Sesetengah orang cakap kat saya "aduh, tak ada nikmatlah hidup remaja kamu ni...rugi...!!!", bagi saya TIADA KERUGIAN langsung. Sebab nikmat kesihatan pada masa sekarang dan masa depan lebih banyak NIKMATnya. Saya nak PAKAI badan saya ni untuk jangka masa yang panjang (insyaallah), asal badan sihat, minda cerdas...semua kerja boleh buat, tiada yang MUSTAHIL bagi TiDy. Tambah, saya ni sejak kecil memang tak suka makan nasi, kadang 1 minggu sekali baru saya makan, itu pun kalo TERASA nak makan. Kalo tak, saya makan BISKUT TIGER, OAT, SUSU, MILO CEREAL atau ROTI. Tapi saya tak DEMAND dengan makanan, kalo ada makanan2 macam nasi dan lauk bagai tu, saya just makan saja walau kuantitinya sedikit, at least JAMAH la, kan kecik hati tukang masak susah pulak. Jaga Hati orang lebih baik daripada terlalu jaga kepentingan diri sendiri.

Ok...saya nak masukkan gambar2 masa dulu2 (sekolah menengah) until now. Tengok yer...sangat ketara perubahan. Masa sekolah, saya active sangat dalam kelab beruniform. Saya pegang pangkat KOPERAL bagi PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA DARAT (PKBM) iaitu KADET TENTERA DARAT selama 5 tahun.

Ni la saya:

Form 4
Form 5 (di Sarawak) penat balik menembak, kelopak peluru dah masuk pocket
Lapang sasar
Kawad bersenjata
Atas Kereta Kebal kem semenggo, sarawak (saya dari Kiri)
Ni saya form 6

muka skema (18 tahun)
Ni saya dah masuk U
1st semester di U (Class Islamic)

4th Semester
5th Semester
5th Semester

5th/6th/7th Semester (Class faculty) always smart attired

Dah nak abis belajar (practical)

pasport size
si gumuk
Sekarang 2011-2012


korean style...baju tuh
test jubah...latest la ni...

orait, sampai disini saja lah cerita transformasi saya. Bertemu dilain cerita pulak.




Kamsahamnida...komabta...Annyeong (^________^)''''

No comments:

Post a Comment