Saturday, 10 May 2014

MiSi KeMaNuSiaaN Di FiLiPiNa (part 2 - To the End )

Annyounghaesayo Chingu (@_____@)"

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)

Tadi baru habis mengarang kisah misi kemanusiaan di Filipina part 1, sekarang dah part 2. Alah, karang panjang-panjang nanti bukan hangpa baca sangat...bosan! hehehe

OK! Alhamdulillah, team saya ke Filipina 8 hari. 5 December - 11 December 2013. Perghh sekarang dah bulan MEI 2014, Dah basi...aku baru nak start citer! Harap-harap ada yang sudi baca ni, masuk rancangan NONA Tibi3 pun dah gumbira hahahaha. Aishhh mengarut!!! Koya...

Al-Kisah taibbbbb...day 1st penerbangan almost 4 hours, 3 jam 40 minutes naik AIR ASIA "Now everyone can fly". Kebas segala kebas bercampur baur perasaan, apakah keadaan disana??? Dapat ku bayangkan... tapi betol ke idok gambaran dalam kepala nih! Aishhh jjinjah! ALLAHUAKBAR. Pesan kakak saya thru wassaps "Anggap ini suatu perjuangan, jihad di jalan ALLAH". Maksudnya "dia suruh saya redha, kalo mati pun insyaallah syahid, sebab itulah niat dihati berjuang pertahankan mereka di Filipina dan dia redha sekiranya itu berlaku pada saya kerana adiknya pergi berjuang...insyaallah" Sedih dan gembira saya baca mesej dia sebab kakak, abang ipar dan anak buah-buahan saya support kot. Time ni saya tak nangis, saya melangkah masuk pintu pelepasan Antarabangsa..."Bismillah", tu je yang terungkap. Yang kat dalam hati, hanya ALLAH yang mengetahuinya. ALLAHUAKBAR.

Setibanya di Mactan International Airport Cebu dalam jam 4.30pm di sambut oleh "orang upahan" hehe, orang yang telah dibayar oleh bahagian logistic MRA di Hagnaya. Perjalanan dari Airport ke Hagnaya boley tahan la...3 jam something gak la beb! Penat segala macam dah...tapi excited. Timing kat Filipina ni sama dengan Malaysia, cuma dia 2 jam lebih kehadapan. Maksudnya kalo 5pm di Filipina dah macam 7pm waktu Malaysia. Cepat Cerah dan cepat Gelap, cepat tido dan cepat bangun pagi haha. Subuh seawal 4.05am. Isyak jam 7pm la. Perghh awal tuh, merangkak gak la kami team 4 nak bangun, dahla tido lambat sebab duk kemas-kemas ubat dan buat perancangan bagai.

Tiba di perkampungan HAGNAYA, satu-satunya perkampungan Islam di situ sekitar jam 8.30pm. Alhamdulillah, terpegun tengok adik-adik bertudung berkerumun sekitar saya..haha thats what I LOVE IT! Kiddosss...bebudak, saya suka bebudak, peduli anak siapa pun! Disambut masuk 1 pondok dedaun, teringat zaman-zaman dulu, dihidangkan dengan makanan lauk pauk yang memang seafood dan ada ayam masak merah...woahhh daebak! Talaga sarap! Pandang keluar selepas menikmati juadah, tersergam indah 1 binaan...rupa-rupanya ianya sebuah masjid yang tak siap, baru ku tahu berbisik di hati. Kami berkampung dalam khemah berhujan dan berangin terasa ribut saat itu, namun Alhamdulillah itu perkara biasa kata mereka. Dan juga dimaklumkan pegawai logistic kami yang bebudak tadi belum makan sebenarnya, dorang tunggu kami makan dan saki baki lepas kita makan tu (apa yang kita tak habis makan) itulah makan malam mereka. ALLAHUAKBAR...luluh hati, menangis dalam diam saya ketika itu, rasa bersalah, rasa tak mampu, terasa macam-macam...hanya ALLAH yang tahu. Sekiranya saya mampu balik ke KL, saya nak beli apa-apa snek yang best-best, biskut atau roti yang curlass untuk adik-adik ni, bagi mereka rasa nikmat tu. Tapi apakan daya, kemampuan tu ALLAH yang pegang. Tabahkan hati. Tapi yang bestnya, macam biasa la, tak sampai 10 minit dah dapat berpuluh followers yang setia...adik-adik comel :)

adik-adik di Hagnaya

Hari-hari sepanjang misi kemanusiaan ini diteruskan seperti perancangan dan dengan izin ALLAH jua. Hari kedua menaiki ferry besar...ferry pertama saya sepanjang hayat haha, finally saya naik ferry yang amat besar dar Hagnaya Port menuju ke Bantayan Island. Di situ dijadikan based camp kedua sepanjang misi berjalan. Ubat-ubatan dan segala peralatan akan disimpan di rumah Kepualauan Bantayan ini. Perjalanan yang awesome dengan bantuan mesra rakyat setempat. Keadaan kat sini lebey kurang sama juga dengan di perkampungan Hagnaya. Takde air, letrik...dan di Bantayan okay sikit la sebab ada telaga (perigi). Tapi kesian jugakla yang muda selalu kena buli, angkut air berbaldi-baldi taruk dalam bilik air, padahal saya mandi 2 hari sekali je. Ini TIDAK ADIL!!! haha, paling tidak pun saya tukar baju seluar je. Balik-balik je kena menyelam dalam perigi, penat tapi tu pengalaman. Bagi saya takde masalah ambik air perigi, sebab dulu-dulu sejak lahir memang mandi pun tepi perigi. Okay,Rawatan bermula di District Hospital Bantayan Island, 1st assignment ni. Bertugas di bilik kecemasan yang serba kekurangan amat TERUJA. Even saya bukan medical background akan tetapi ilmu yang tak penuh mana didada dapat dicurahkan jugak ketika ini. Bantu doktor dan jururawat team saya buat operation dan dressing, sungguh excited! Ala-alat perubatan pun saya dah tahu namanya, seronok sangat! Misi pertama selesai, singgah dipasar beli seafood dan masak. Setiap malam kami akan punggah ubat-ubatan dan packed apa yang perlu dibawa untuk lokasi seterusnya keesokannya.

naik Ferry....1st ferry in my life (Jakun!!!)
sebelum menjalankan misi
Hari ketiga seawal 6.30am bersiap sedia ke Hilantagaan Island, mobile clinic bertempat di Kaboyot village. Kat sini "oink-oink" (Babi) merata-rata. Dorang bela benda alah ni macam bela lembu. Kat kampung kita paling commercial dibela ialah lembu atau kerbau, sangat berbeza. Mereka bela untuk dijadikan "hidangan" lazat hehe. Saborrr jelah. Habis berkhidmat di Kepulauan ini, kami balik ke based camp 2. Masak lagi. Rest seketika. Petang pula menghadiri mesyuarat bersama seorang pegawai kepada Datuk Bandar Santa Fe, Mr. Albert. Dia menjemput kami attend dinner sempena menghargai bantuan-bantuan daripada NGO diseluruh negara yang terlibat iaitu SPAIN, FRENCH, GERMAN, US, AUSTRALIA, MALAYSIA (MRA) dan banyak lagi. Malam ni juga ialah sebuah penghormatan bagi team 4, saya berasa sangat bertuah dan tak sangka dinner sekali dengan mereka-mereka yang hebat dah la tu buat di tengah lapangan terbang tentera udara mereka. AWESOME speechless. Time ni saya sempat berborak dengan wakil-wakil negara NGO yang terlibat, banyangkan sekali saya langkah masuk ke tempat dinner tu, mak aihhh keciknya aku... mereka semua gabak tinggi dan besau! Bila mereka tanya siapa pegawai MRA? team saya tunjuk kearah "SAYA". Mereka kata "kagum dengan saya yang masih muda dan tak sangka seorang humanitarian". Saya angguk je la, sebab tak sangka betapa tinggi orang pandang saya walaupun saya sangat pendek bila berdiri duk bawah ketiak mereka...ohmygoshhhh! But...buat slumber je...hehe bajet hebat, ingat!!! TAWADDUK!!!

District Hospital Sante Fe
Dinner "social night" with NGO's

Hari keempat, team 4 bergerak ke Klinik kesihatan untuk berjumpa Pegawai Kesihatan Daerah Santa Fe, Dr. Manalili. Berbincanglah kami mengenai permasalahan kesihatan penduduk dan Trauma Center berdekatan dengan klinik tersebut. Mereka mahukan MRA mengambil alih Trauma Center tersebut dan berterusan merawat penduduk Filipina. Insyaallah. After perbincangan dan sesi melawat tersebut, kami bergerak ke daerah Madridejos, perkampungan Macilang. Penduduk disini sangat daif hidup mereka, serba kekurangan, namun mereka sangat bersyukur dengan kehadiran kami dengan memberikan rawatan, ubatan dan layanan...ALLAH, mereka ada yang menangis berucap syukur. Setelah selesai misi di perkampungan ini, kami pulang ke based camp.

Madridejos, Macilang village
Berat hati ini ingin meninggalkan kepulauan Bantayan, namun perjalanan perlu diteruskan. Sekitar jam 4pm kami ke Bantayan Port untuk menaiki Ferry ke Hagnaya lagi. Seharian perjalanan kami akhirnya tiba di perkampungan Hagnaya. Ketibaan team 5 yang di ketuai oleh Dr. Daud disambut dengan hidangan ala-ala malaysia, saya masak la...tapi sebab tak cukup alat bahan bagai, telan je. Bila berada di tempat-tempat dimana kita menjalankan misi, makan saja apa yang boleh untuk meneruskan kelangsungan hidup kita. Saya terlatih dengan semua itu sejak kecik-kecik sebab keluarga susah. Dan nak tido plak janji selamat, tido la macam mana pun...bila hujan lari la, bawak sleeping bag. Hahaha...see, saya masih hidup :) Segala tugasan team 4 dilaporkan dan hand over laporan telah dilakukan pada malam itu jugak.

Paginya saya memasak lagi. Ehhh biasa...chef MRA kan :p . Selepas zohor yang seawal 12 tengahari, team 5 berangkat ke Bantayan Island menaiki ferry dan kami team 4 bergegas melalui jalan darat ke CEBU CITY. Perjalanan 3 jam something itu smooth, cuma hati berat nak tinggalkan mereka di Hagnaya especially, adik-adik tersebut sangat bahagia dengan saya uhuk uhuk uhuk...eotteohke!!! Tiba di Cebu City Hotel menetap 1 malam, bukan berehat yang kami pilih tapi jenjalan di pasar-pasar dan makan seafood di restoran NO PROBLEM. Harganya ok dan masakan pun sedap. Insyaallah balik tak hampa :)

GoodBye Phillipines...mahal kita :)
Bersiap seawal jam 4am ke Mactan Airport. Menaiki flight ke Malaysia sekitar jam 6.25am. Bersolatlah kami didalam flight tersebut. ALHAMDULILLAH...Selamat tiba di LCCT dalam jam 11am. Siapa yang jemput??? Macam biasalah..."bawak diri" balik umah hehehe...

Itu sahaja kisah saya di FILIPINA yang penuh KETERUJAAN sebagai PEKERJA KEMANUSIAAN. Insyaallah jika berkesempatan lagi...moga ALLAH terima segala usaha kami.

Sekian...ANNYOUNGHAEGAESAYO CHINGU
(^_____^)'''Galke...


MiSi KeMaNuSiaaN di FiLipiNa (part 1 - Just Began)

Annyounghaesayo Chingu (^_______^)'

Assalamualaikum. Allahuakbar...lama sudah tak mengarang essay di sini. Banyak benda nak ramal, tapi takde masa nak di lapangkan. I swear beb!!! Busy tahap ya ampun :( maafkan daku...sesungguhnya bukan kemahuan ku...huahuahua.. :) arghh sudahlah ko, berdrama plak...sekeh kang!!!

Ok...tadi warming up je hehehe. Bismillah, start citer dah ni. Sebermulanya, al-kisahhh taibbbb... MISI KEMANUSIAAN TAUFAN HAIYAN, FILIPINA bersama Malaysian Relief Agency (MRA).
Hati ni tak sangka terpilih untuk melaksanakan misi bantuan Kemanusiaan di luar negara. Terasa macam diriku tak layak, apalah sangat ilmu yang ku ada...tidak bertimbun didada, tidak juga banyak dalam kepala. Tawaduk tu bagus...hehe alhamdulillah. Start meeting orang atasan, team pertama akan kesana ialah jeng jeng jeng...nama saya naiklah "TD akan pergi" berkata Doktor DAUD pakar jantung Specialist Damansara you know! Time ni cuba pejam mata...tapi bijik mata dah terkeluar ber-shaking-shaking tau cam tak percaya pulak sambil-sambil ALHAMDULILLAH. Perasaan time ni hanya ALLAH yang tahu, mahu je call kakak abang, anak-anak buah bagitau kerana...ITULAH CITA-CITA KU! aiseyyyman...salute salute salute senyum sampai kat telinga aishhh.

Menunggu tarikh berlepas yang tak kunjung tiba buat orang yang nama "TD" ni...uhuk uhuk uhuk :'( menci menci menci, nama saya kena tukar duk team nombor lain daripada 10 teams yang akan dihantar. KECEWA bagaikan jantung duk kat bawah tapak kaki beb! Tahu tak perasaan dan perbezaan dapat pegi misi yang 1st dengan yang LAST? Bila dapat pegi yang 1st tu kan, tambah plak after disaster or maybe sedang berkonflik lagi, jiwa tu lain tau. Hang yang pi tempat tu sebagai orang pertama, hang yang merasa keadaan tu, hang yang melalui segala kemungkinan...dan hang lah yang memulakan strategi! Pedihnya ulur hati saya... :( huhhh...takpe, pujuk diri sendiri ni...yang penting dapat pergi TD.

Kat ofis ni saya yang handle ticketing, jadual penerbangan...team nombor berapa, petugas, doktor, jururawatnya siapa, saya yang pilih. Patutlah diorang tak bagi saya pergi awal-awal, ni semua sebab takde orang yang boley buat part tu. TAKPE TD...nanti hang pi jugak, jangan nangis noh, pujuk motivate diri sendiri! Last-last nama saya duk team no. 4 beb! ALHAMDULILLAH...takdelah jauh sangat kan, nak merasa situasi disaster tu cam mana kan. Hang mana tau semua ni hehehe EXCITED SANGAT!

Alhamdulillah, sibuk hari-hari, nak pejam mata pun susah. Dah tahu tarikh team saya nak fly, bertambah kuat kepala otak berfikir, cam nak gi berperang. ALLAHUAKBAR. Untuk team-team yang nak pi, saya buat tag curlass tuk dorang...ada cop MRA lagi tuh :) Siap pegi ngantor dorang semua ke airport. Time saya nak fly, silakan hantor diri sendiri plak yer...sob sob sob sambil pegang bendera MALAYSIA! Yeahhh MALAYSIA BOLEH.

dari kiri Abg Rosdi ( staff MRA, Supporter & tukang ngantor saya),
Team 4 - Hadry, Dr. Saifullah, Fazly, Pn.Ramlah & TD
Ok...stop sini sat, tunggu part 2 ya hehe

Annyounghaegaesayo (@____@)


Saturday, 18 May 2013

HaNya SeBuAH MiMPi

(@______@)'''' AssaLamuaLaikum Geuligo AnnyeongHaeSayo 

Mimpikan dia semalam; Tampilnya dia seperti selalu yang ku kenal, seperti selalu yang ku lihat, seperti selalu yang ku cium harumannya. Hanya mampu ku tersenyum melihat susuknya hadir di hadapan ku.

Suatu perjalanan yang jauh. Ku memegang tangannya, sejuk seluruh anggota, bukan dia, tetapi aku yang kedinginan. Ku bercakap bagaikan tidak berhenti, tiada noktah ataupun koma, namun dia hanya mendiamkan diri. Alasan demi alasan berlegar-legar dilandasan minda... tidak jua ku peduli, janji hati ku happy.

Ku menggenggam erat pergelangan tangannya, seolah-olah tidak akan ku biar dia melepasi pandangan zahir. Ku menarik mengajaknya berjalan ke seluruh pelusuk tempat dimana kemahuanku....dia hanya menurut tanpa bersuara.

Perasaan terlalu gembira sehingga aku terlupa apa yang nyata dan apakah ilusi, langsung tidak ku ingat. Yang terserlah semua hanyalah kegembiraan. Lalu ku melangkah kemana-mana bersamanya, seingat benak tempat yang dituju semuanya idaman ku.

Sungguh lama perjalanan kami, sehinggalah dia hilang dari pandangan ku. Mencari-cari di celah himpunan manusia, melirik pandangan satu persatu, alangkah sedihnya...dia telah pergi menghilang, tidak ku tahu kemana dia menuju, yang membisu di sepanjang perjalanan...tiada daya dapat mengupas pemikiran dia dan memaksa, sesal dan menggapai-gapai...

Terkedu pabila ku terjaga, subhanallah, astaghfirullahalad'zim...aku mimpikan dia, sedang dia tidak berkata-kata ketika kami bertentang mata, aku semakin tertanya-tanya. Mungkin rinduku hadir mengenangkan dia, sedangkan dia sudah lama dijemput mu ya ALLAH.

Walaupun seketika ya ALLAH, aku gembira kerana masih mampu menatap wajahnya sepertimana dia yang dulu tersenyum manis menatap wajah ku. Banyak yang ingin ku ucapkan, tapi biarlah terbuku dihati. Bagaikan diari, ku lembarkan dalam keluhan doa kepada MU YA ALLAH.

Tiada pengharapan lain selain doa kesejahteraan untuk dia disana dan...

Bukan niat ku ingin titiskan air mata.... 



(~___~)''' Terima kasih ALLAH & Gomawo. Annyoung-Hee-Gae-Sae-Yo

Monday, 4 March 2013

MaCaM uLaR bAwaK KeReTa...

Assalamualaikum,

AnnyoungHaeSayo (^______*)'''


Tengok tajuk cam ngeri je kan??? Actually yang bawak kereta tuh saya lah orangnya hahahahaha. Teringat ni cam tak tahan asyik tergelak je. Ok, dah kalo duk gelak je kat sini bila nak berceritanya...hoho.

Pada suatu hari, cik TD kena attended Driving cLasses. Nama cikgu saya ialah SHAH dimana namanya bermaksud "seorang pemimpin". So, betol-betol kena pimpin saya driving la, yerrr cikgu :D. Orangnya sempoiiii jah, penyabar, handsome, muka cam nakal-nakal, kecik molek dan considering polite. 1st day class saya together with kawan, ANNA namanya. ANNA dah class ke-3 tuh, patutlah dah pandai drive. Bukan cam saya, lutut mengeletar bila cikgu suruh tekan Clutch...aisehhhh.

Cikgu SHAH, TD & ANNA
1st day (SABTU) belajar parking and drive ke depan and undur. Ape masalah saya??? saya tahu kat mana masalah saya sebenarnya. Yang pertama ialah TAK PENAH DRIVE, TAK PENAH TEKAN MINYAK/ CLUTCH and BREAK...plus kena pulas steering, ALLAH...!!! Mata nak kena tengok side Mirror/ pandang belakang bagailah, tayar lah...arghhh pening pening pening. 1st day gelakkkk memanjang, cian cikgu stress!!! Hihihihi

2nd day (AHAD), nah ambik....saya dah takde kawan lagi, jadual dah lain-lain. Tinggal saya dan cikgu SHAH sahaja. Dia ajar punyalah terbaekkk, hoho but saya??? menjahanamkan...al-maklumlah, baru hari kedua, tekan minyak cam nak lumba keter plak, adoiii. Ajar parking, pusing, undur, bukit dan sebagainya. Tak pandai-pandai jugak!!! Arghhh stress nyerrr...

3rd day, Nahhhh...ni hari bukan weekend tau, working day on Thursday. Hari ni busy GILERRRR kat ofis, tertekan lagi sebab tak pandai drive, buat orang stress je. Sharp 11am saya keluar dari ofis untuk pegi belajar driving, mood orang berpuasa plus tengahari, perghhhh saborrr kan diri lah. Jia You TD!!! Hari yang sama, dah la hari ketiga, buat cikgu SHAH stress lagiiiii...kesian dia tau, saya TAKOT, kaki tekan minyak suka hati, sebab tak tahu nak buat anggaran minyak dan clutch...aishhhh, time balik memang nampak cikgU SHAH "anginnnnnn satu badan"...redhaaaa je lah (@____@)'''' Hari ni jugak saya kena sound "macam ular"... :p mahu je saya minta maaf kat cikgu sebab making-troubled, rasa macam nak menangis pun ada, tapi tahannnnn sampai tak bercakap saya ni, cikgu tanya ape pun MALAS nak jawab, KECEWA sob sob sob :'( .

Balik ofis muka macam HARAM!, nak pandang orang pun takde selera tau, warghhhhhh :'( sedihhh giler, nasib baik kat ofis bawah takde orang, K-POP jap tenangkan minda (^___^)''' Bodek-bodek papa after ofis hour tuk mintak Papa ajarkan drive kereta, even kereta tak sama jenis, tetapi JASA papa sangat membawa seribu makna pada saya...ceyyyyy, bawak EXORA tuh kat Titiwangsa. 2 hari saya ada classes with papa, seronok dan agak confident. Sampailah saya tahu macam mana nak gerakkan kereta tu, nak tukar gear, nak pusing, u-turn dan sebagainya. Terima kasih sangat-sangat kat papa, dah la hari kedua tuh (JUMAAT), off course la pakai agak sesopan, pakai jubah beb!!! Jubah pun jubah la, janji keter jalan...hehehehe

Hari ke-4, wahhh cikgu SHAH suruh saya bawak keter sendiri, but he still sitting next to me while I'm driving. Ok lah tuh, tapi tahan je la, saya ni kuat gelak...nervous rasa macam seram sejuk, alhamdulillah... sekali jalan je keter tuh tak mati, malah...jalannnnnn terus dengan YAKIN...lah SANGAT hahahahahaha. But, bila ikut protocol yang cikgu SHAH bagi, segala Instruction yang dia ajarkan saya kena follow. Saya yakin mesti BOLEH. Sekali, bila masuk tang bukit kecik, jahanam...berapa puluh kali enjin mati :'( warghhhhhhh KECEWAnya....cikgu I AM SORRY :( I'll try do my best, but I'm not the best...Such I can't be the best and make you satisfied with it. Ermmmm berakhirlah kelas kami......

Last class yang ke-5 (dah masuk 10 jam on SUNDAY morning beb!!!)...huffff, before ke kelas, ambik peluang kuatkan stamina, keluar pukul 6.30am untuk ber-jogging kat tepi tasik. Dalam pukul 7.15am saya return to rumah. Siap-siap dan keluar lagi naik bus ke chowkit, then jalan lagi 2km ke ofis Driving. Suddenly, rasa macam nak pitam, sapu peluh di hidung, alamakkk...ada darah meleleh kat hidung, saya tak panic just kelam kabut cari tisu kat dalam bag. Adoiii satu pun takde. So, alang-alang dah dekat ofis MRA, masuk dan "settle down" la. Tapi pening kepala macam nak muntah hanya ALLAH je yang tahu. Saya duduk dan makan ubat panadol bagi lega sikit after minum milo, then saya rest. Dah pukul 9am, saya harus ke kelas memandu. Jalan-jalan pun dah tak betol, terhuyung-hayang macam "moved Like JaGGer"...hiiii 

Then sampai ofis nampak kak Ina yang TOMEYYYY (person in-charged Driving School), terus terduduk kepala saya diatas mejanya dan baru saya terduduk di kerusi. Muka dah pucat, demi nak driving saya endure lol. Masuk kereta bertolak ke track di segambut. Seriously saya lemau lagi time tuh, bising budak kat seat belakang lagi, ishhh kecik-kecik baru abis sekolah dah sibuk-sibuk nak merempit la...mahu je aku TAMPOR muka dorang hehehe ni ayat dalam HATI je yuuuu :)

Tiba je di sana, Cikgu SHAH briefed sikit la pasal "kekurangan confident" yang saya alami yang sebegitu serioussssss. Macam-macam mulut cikgu duk pot-pet-pot-pet, but saya tahu kesilapan saya. Silap tak silap saya mesti kuat dan yakin, cikgu SHAH cakap "ambik mood dan buang segala SUIR awak tuh".... mak aihhhh SUA SUIR GOOD MORNING gitu. Dia macam bengang kat saya, I know sebab cikgu mana tak sakit hati dah nak masuk turn yang ke-5, tak lepas-lepas lagi. Yang saya "anginnnnn" sebab masa memandu saya selalu tak sampai 1 jam 30 minit, tuh yang frustrated. Macam biasa, kalo tak gelak dan tak senyum dulu memang tak sah la saya ni. Sebelum drive buangkan rasa nervous and jalan.

Cikgu SHAH just standing outside, tengok dari jauh saya driving. Alhamdulillah, kereta tak mati bila stop kat bukit ngahahahahahahahahahaha. Saya tak nak kecewakan dia, saya push diri saya buat yang terbaekkkk. Syukur sesangat sebab dah getting better on that day (^______^)''' yahhhhh aja-aja fighting!!! Saya dah buat pusingan keluar litar. Yess berjaya! Dimata orang yang dah pandai, ianya bukan sesuatu yang perlu dibanggakan, but for me it was full of excitement. Tau tak, before buat pusingan, banyak plak keter beratur kat bukit kecik, bila dah kosong, saya nak pusing ke kiri tuk ke bukit kecik, tetiba saya tekan MINYAK sampai "SEPARUH MATI" jantung cikgu SHAH, hahaha kelakar tengok dia terkejut. Saya relax je and cakap kat cikgu "relax ar, tak mati nyer kalo saya bawak". Saya tengok dia still pegang dada to shown that he's still SHOCK...sajelah dia tu, ape lagi, gelakkkk besarrrr lah saya (^_____*)'''  Terima kasih cikgu SHAH. Awak dah banyak bantu saya, sabar dengan saya, senyum dan gelak dengan saya...saya sangat menghargai JASA cikgu ^''''__"""^ winkkkk winkkk...DOAkan saya lulus ujian JPJ ya...


Mula-mula TEST JPJ pada 18 MARCH 2013 (MONDAY), apepun disebabkan 10 jam saya dah berakhir, so saya tambah extra classes for 4 hours lagi pada 16 dan 17 MARCH. Tetiba dapat called yang TEST JPJ jatuhnya pada 25 MARCH 2013 (MONDAY), bertambahlah class extra saya lagi dua hari, 2 days before test. Fuhhh hopefully saya dapat buat much better than few days ago. Insyaallah. Terima kasih ALLAH, terima kasih Cikgu SHAH dan Terima kasih PAPA for all these thing. Wassalam.


GAMSAHAPNEEDA...
ANNYOUNG-GAE-SA-YO (^_______^)'''


Thursday, 29 November 2012

JOM kEnAL SITI NURHALIZA (pURE vERSION) with MRA


Assalamualaikum & Annyeonghaesayo!!! (^______^)'''


SITI NURHALIZA 

Perghhhhh Perghhhh Perghhhhh....saje je kasi GEMPAK beb. Bukan ape,,,pagi2 ni macam ni la, mengantuk, so sergah diri sendiri la :)

Baru2 ni...tak la baru sangat, aku dan MRA pegi melawat santai perkampungan orang Asli POS BERSIH, Perak. Kali ni bawa group kecik je...seramai 5 orang termasuk eden la. Seronok sebenarnya masuk kampung ni, al-maklumlah aku ni ANAK KAMPUNG. Yang beshhh nyer dapat tengok alam sekitar yang sangat SEMULAJADI dan juga penghuninya yang PURE gak la..hehe

Beb, serious tak boleh citer panjang2 kat sini sebab banyak sangat program NOVEMBER ni, so simpan sikit ayat2 nak tulis tuk next post. Wahhh b4 aku akhirkan citer ni, korang tengok TAJUK entry ni pun cam terkejut kan, asal SITI NURHALIZA plak...ape kaitan DATO' SITI dengan perkampungan Orang Asli?

Actually sangat berhubung kait. Ishhh bukan Dato' Siti yang masuk hutan, tapi cik SITI NURHALIZA ni lahir kat hutan la...hehehe konfius plak korang yer. Ok, masa hari kedua aku kat kampung POS BERSIH ni, aku kan incharge tuk program sepanjang kat situ, lepas abis adik2 Asli ni drawing...diorang tak sabar menunggu nama mereka di panggil tuk HADIAH. Sekali bila tiba time KATEGORI LUKISAN KREATIF,...jejengjejeng!!!!!!!!! Pemenangnya ialah SITI NURHALIZA binti (Tak tau) hehehe...

Shock giler aku, dah la Dato' Siti tu artis KESAYANGAN aku, tetiba adik ni plak nama tuh...aiyakkkk, Tak sangka aku mak bapak dia boleh bagi nama tuh, JELEZZZZ beb....sob3 :'(

OK la...aku bagi korang tengok gambar CIK SITI NURHALIZA pure version dan gambar aktiviti di SANA yoooo....bismillah...








agihkan baju


drawing


Ni je gambar nyer, tension betol la...gambar upload kat sini tak cantik la beb...tak tau kenapa..ermm..tak pe lah, sampai di sini....wassalam


KAMSAHAMNIDA "(^____^)'''v


Tuesday, 16 October 2012

MRA~OCBC...buildiNG up Community (Oppa Gangnam Style)...

Assalamualaikum....
Annyoung Guys,

OCBC members

"Ibarat menyapa diri sendiri lo" haha, seyyyyhh dah lama tak melawat blog sendiri. Nie kes busy punya pasal..aigooaigooaigoo (@____@)'''

Actually, takde la ape sangat nak diconteng kat sini. Ermm..ni pun baru balik dari POS SLIM, PERAK. Weiii ni pertama kali pergi Perak naik KERETAPI TANAH MELAYU versi ETS...hahaha agak excited jugaklah. Pegi sana with my Boss En.Shahrul. Papa joe sudah berada di tempat kejadian sejak KHAMIS compared with both of us yang baru nak pegi sana on FRIDAY.

Mula2 risau gak, macam mana aku nak pegi IPOH sorang2 sebab tempat program bertapak "manalah aku tahu" adoiii. But sume nyer selesai once Boss suruh aku book tickets. DONE!!!

Program MRA kali ni joint venture with OCBC BANK Singapore & Malaysia. Wahhh seronokkkk! Tau tak nape aku seronok??? sebab boleh jalan-jalan dan KE-LUAR dari ofis. Maklumlah, aku bukan jenis suka duk ofis, sakit TULANG...hahahahaha.




Program pada pagi sabtu berjalan lancar seyhhhh. Bahagian handle budak base nyer aku yang TAKE-OVER...ngahahaha aku ajor diorang main CHASE GOOSE, menari CHICKEN DANCE dan OPPA GANGNAM STYLE...opppp oppp...oppp...oppa GANGNAM STYLE beb. DASYAT and class gitu. TERKOJUT guru besor kat sekolah tuh. Nasib baik ade sorang budak kecik namanya TIM. Kecik2 dia jangan pandang rendah tau, DIA ni bakal DOCTOR BEDAH. Actually aku kenal dia pun secara tak sengaja, sebab dia jenis yang sporting, ringan tulang, cerdik, periang dan kelakar...aku jadi ngam ngan dia. 1st Time kenal dia masa program MRA TUNAS MUDA & TAUTAN KASIH 7, dia peserta kumpulan BRAVO. Aku tak leh jadi peserta, kena jadi FACI plak...adoiiihhh...TAK SUKA LAH CHEQ...ermmm sob3 :'(



DIA (TIM) pandai menari, 1 kepala ngan aku dan bagi aku DIA sungguh comel. Weiii balik pada cerita asal, tempat kami berkumpul dengan OCBC staffs tuh kat POS RAYA, di sekolah la. Penat adik2 ni bersukaneka tau, finally dapat DINNER SET (KFC) tuh...cayalah, terbaekkk KONYANG adik2 kita yerrr! By the way, nengok mereka2 ni HAPPY sangat menyenangkan hati aku. Baselah, petugas HUMANITARIAN ni memang cepat Tachingggg...especially cam aku ni... :D

Adik ni mandai posing :)

with TIM
boss besar bagi beg

Program ni abis tengahari la, pas tu aku pegi naik atas pulak. "ATAS" mana cik TD oiiiiii, hahaha maksud aku Program kedua kami "CONSTRUCTION" bina dewan komuniti. Sampai atas tolong agih2 makanan kat penduduk situ, tuh diaaa..suka mereka makan FREE..acehhhehehee (^____*)'''' sape la tak suka makan FREE kan...ermmm


dinner set
Kami sempat turun ke sungai sana...ada air terjun la, tak teruja sangat pun sebab dah base lah :) Padahal aku ngan TIM je turun bawah main air, tetiba hujan lebat pulak. Naik atas balik lepas abis posing. Kira2 dalam jam 3 petang lebih2 sikit, kami pun berangkat ke LALANG (lupa la nama betol tempat tuh), asal banyak lalang je aku panggil LALANG :p Stop kat situ jap kitorang solat Jamak bagai. Selesai ja aku dan TIM follow papa Joe pegi carik ticket bus nak balik KL. Tengok kami kena balik ngan bus plak... bersendiri plak tuh...ishhh TAK PATUT, TAK PATUT...hehe MEMANG PATUT la sebab papa Joe dan BOSS kena ke KEDAH pas tuh sebab nak kena bagi ceramah pasal ROHINGYA...

Naik bus kul 6.30 dan sampai KL hampir 9.30 malam. ALHAMDULILLAH Kami selamat tiba dan berpecah plak, aku balik SETAPAK JAYA dan TIM balik ke SUBANG....berakhir sudah GANGNAM team...hehe


KAMSAHAMNIDA!!! (^___^)'''

Monday, 13 August 2012

MRA~Tunas MuDa & TautaN KaSih VII


TUNAS MUDA
aNNyounG (^_____*);;;

2-6 ogos baru ni MRA ade buat program kat Ulu Slim Perak. Fuhhh banyak cabarannya tau... Untuk program ni saya kena jadi Facilitator dan Command Center (CC)..aisehhhh (*__*)'''

Command Center bertapak di Kantin Sek.Ren.Pos Bersih. Program ni sebenarnya special buat adik2 MEDICAL dari EGYPT, RUSSIA dan Local university such UKM & UIAM. Peserta gilerrr ramai dalam 63 orang. Seronok tengok performing mereka2 ni, EXCELLENT la (^___^)''

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Untuk 2 hari bulan ogos kami bertapak di IYC-International Youth Center. Kat sini all students should registered untuk menghadiri kursus sukarelawan. 3 ogos tengahari saya dah moved to Pos Besih. Pukul 3pm dah ada kat sana untuk check everything la...ermm

Para peserta sampai di CC dalam pukul 6pm dan 9pm. Kami berbuka puasa beramai2 dan menunaikan solat berjemaah berserta terawih. Selesai sahaja semua peserta di ajarkan penggunaan Walkie-Talkie dan Code sign oleh Papa Joe. Setiap kumpulan perlu memiliki 2 buah walkie-talkie. Mereka perlu berhubung dengan saya sebagai MIKE ROMEO SIERRA 01 dan kak Faz sebagai MIKE ROMEO SIERRA 02, sebarang pertanyaan ataupun permasalahan perlu roger saya. Dalam waktu yang sama juga setiap kumpulan telah diberikan Code Sign seperti :

*MIKE ROMEO ALPHA ~ Lokasi ~ Kg.Pos Bersih 3
*MIKE ROMEO BRAVO ~ Lokasi ~ Kg.Pos Bersih 2
*MIKE ROMEO CHARLIE ~ Lokasi ~ Kg.Pos Bersih 1
*MIKE ROMEO DELTA ~ Lokasi ~ Kg. Gersau
*Tiga orang medical student ditempatkan dalam team Dr. Daud untuk bertugas di Kg.Keding dan Tenau. 

Saya di CC bukan setakat jadi Faci tapi siap jadi tukang masak untuk berbuka puasa dan sahur. Yang terbaekkkkk nya saya dapat bertugas bersama ABAH2 dari BEKAS POLIS KOMANDO VAT69. Wahhh lawak yang teramat bertugas bersama-sama mereka iaitu Abah Dahalal dan Abah Hamzah. Saya kekurangan seorang lagi dalam kumpulan ni iaitu Abah saya lagi seorang tak dapat hadir "Abah Saladin"... :( Apapun insyaallah di lain program pasti berjumpa abah2 ni :) Selain itu saya sempat berkenalan dengan 2 insan HARDCORE 4X4 iaitu Pak Cik Ali (Brother in-law Dr.Daud). Dan Abg Zaini...mereka berdua banyak membantu MRA dlm program2 seperti ini. HEBATTTT dan TEGARRR (^___^)''''. MRA juga membawa 1 orang wakil UTUSAN bagi membuat liputan berhubung program ini. Syokkk habissss!!!

Isnin 6 ogos semua kumpulan bergegas balik ke CC untuk melakukan presentation tentang aktiviti2 yang dilaksanakan seperti mana di tetapkan dalam MODUL. Kami berangkat ke KL sekitar pukul 3pm. Saya tiba di ofis MRA tepat jam 6.30pm.

_TAMAT_


day 2nd

Day 2nd

day 1st

site-Pos 3

Health-module

Dr.Azwan & Dr.Safwan

DELTA team

to Kg.Keding

they

presentation by DELTA

AL-MANSOURA university

day 1st-Radio Amateur Briefing

yesss...participants

GaMsaHapNeeDa (^_________@)'''